Thursday, July 28, 2011

..:: sweet ::..


manisnya kurma ini..
rupamu sungguh manis..
kenangan manisku bersamamu..
kemanisan iman..

macam2 ayat kita boleh gunakan untuk perkataan manis..
selalunya orang gunakan perkataan manis untuk apa??
kebanyakan ayat mentafsirkan manis tu macam perkara yang sangat indah..
lain la kalau pahit kan..
tu dah menunjukkan perkara yang kurang indah..heee

bagaimana kita nak mengecapi kemanisan2 dalam kehidupan kita??
sebagai contoh..nikmat makan..
bila kita mengecapi nikmat tersebut??
sudah tentu apabila perut kita sudah terlalu lapar..
tika itu makanan yang kurang enak pun dikatakan enak..
sebab tu nabi pernah bersabda..
"makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang.."
kenapa kena berhenti sebelum kenyang??
sebab bila dah kenyang..sesedap mana pun makanan tersebut..dah jadi tak sedap..

contoh lain yang mudah kita faham..
nikmat percintaan..
bagaimana nak mengecapi kemanisan dan kenikmatan cinta bersama pasangan yang sah??
itulah yang dinamakan bercinta selepas kahwin..
sebab apa??
sebab sebelum kahwin, perasaan sayang dan cinta itu ditahan..
maka, selepas kahwin..kemanisan itu dapat dirasai dengan nikmat sekali..
berbanding dengan orang yang sarat bercinta sebelum akad..
rasa sayang dan cinta itu sudah semakin hambar dan tawar..

itu antara contoh bagaimana ingin mengecapi kemanisan sesuatu dengan menahan diri daripada melakukannya ..menahan demi kebaikan..tiada mudarat dan kesan sampingan..

bagaimana pula hendak mengecapi kemanisan iman??
yang ni lain pula ceritanya..
makin dibuat, makin terasa kemanisannya..
makin ditinggalkan..makin tawar hatinya..

bagaimana mahu merasai nikmat dalam solat?? 
solat dalam keadaan khusyuk..
lagi khusyuk kita solat, lagi manis kita rasa..
apatah lagi diserikan lagi dengan solat2 sunat..
kenikmatan itu akan menjelma..
bila xsolat je, rasa tak sedap hati..

bagaimana mahu merasai nikmat berada dekat dengan Allah??
basahkan lidah dengan zikrullah..
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..
dan banyak lagi zikir2 lain..
makin kerap kita berzikir, makin tenang hati kita..
makin banyak kita menyebutnya..makin nikmat kita rasa..

itu antara contoh bagaimana untuk mendapatkan kemanisan dalam sesuatu dengan melakukannya sentiasa..

banyak lagi perkara2 lain yang kita boleh kaji, hayati dan renungkan bersama..
terutama apabila ramadhan almubarak semakin menghampiri..
ambillah peluang ini dan gunakan sebaiknya..
manfaatkan ramadhan kali ini dengan menghindar perbuatan maksiat..
aurat dijaga..lidah dikawal..solat wajib dilakukan..jgn penuhkan hari anda dengan tidur..dan lain2 lagi..
kerana golongan yang tidak menjaga perkara2 ini termasuk dalam golongan orang yang rugi..
mereka hanya mendapat lapar dan dahaga..
masuk angin keluar..asap
makanya..penuhilah dengan zikrullah..tadarus..solat sunat..solat tahajud..
xrugi kawan2..sebab bukan sahaja kita dapat pahala..malah pahala kita digandakan..
bila lagi peluang ini kita peroleh??
hanya sebulan dalam setahun..
adakah kita yakin kita akan bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang??
maka tingkatkanlah amalan umpama ini adalah ramadhan yang terakhir..
selamat menyambut ketibaan ramadhan almubarak..

peace no war..
Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment